Saturday, August 1, 2009

Keputusan Liga Super 01.08.2009

Perak 1 - 1 My Team

Skuad seladang mengakhiri kempen TM Liga Super 2009 ini dengan mengikat pasukan kelab My Team dengan jaringan 1 - 1 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi dengan disaksikan tidak sampai 200 orang penyokong setianya.

Perak memulakan aksi dengan baik apabila beberapa percubaan mereka nyaris menghasilkan jaringan terutama melalui Saufi Sa’aidi yang terlepas peluang walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol lawan pada minit ke 24.

Percubaan Nazri Kamal pada minit ke 34 juga sedikit tersasar dari pintu gol dan permainan ditamatkan pada separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

Tidak sampai 5 minit separuh masa kedua dimulakan, My Team mendahului pasukan tuan rumah melalui satu sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti Perak yang disudahkan oleh Mohd Nazrin Nawi.

Tersentak dengan jaringan tersebut pasukan Perak menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke 67 bermula dari hantaran silang pemain gantian Safwan Mahayuddin yang berjaya diterjemahkan menjadi gol oleh Saufi Sa’aidi.

Selepas itu kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada sebarang percubaan yang merbahaya dan pengadil meniup wisel penamat setelah tamat 2 minit tambahan masa yang diberi.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
K. Puvinderan
Benedict Martin
Nor Hazrul
A. Varathan
Zahiruddin - 3
Mohd Nazri Kamal (K)
Isma Alif
Arif Fazlie - 1
Khairul Izzat (B20) - 2
Saufi Sa’aidi - 3

Pertukaran:

Khalis Ibrahim - 1
Safwan Mahayuddin - 2
Hafiz Abdul Rahman - 3

Keputusan Perlawanan Lain 1 Ogos 2009:

Kedah 1 - 0 Pulau Pinang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Negeri Sembilan 1 - 1 Terengganu
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC 2 - 1 Kelantan
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis 2 - 1 PDRM
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC 5 - 0 Kuala Muda
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras



sumber:seladang.net

No comments:

Post a Comment